Wednesday, November 12, 2008

Kemuskilan agama..syarat sah jumaat




Assalamualaikum ustaz,

1) Apakah hukumnya mengorek telinga dan hidung pada bulan puasa?

2) apakah syarat sah sembahyang jumaat dan syarat batal nya?

3) hubungan manusia dengan Allah itu amat diperlukan dalam setiap diri umat islam. Bagaimanakah cara untuk kite mendekatkan diri kite pada Allah setiap masa tanpa tidak kire waktu kita bekerja, berjalan, bercakap dan sebagainya. Dan bagaimana pula dengan orang tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu tapi hanya mengingati Allah pada waktu solatnya sahaja tetapi waktu lain dan tidakkah ini menunjukkan yang hatinya tidak sentiasa bersama Allah. Sekian.

......................................

jawapan dari S.S al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus

w.salam

1. Tidak batal mengorek telinga atau hidung jika tidak sampai kepada had batin kedua anggota tersebut.

Had batin bagi telinga ialah sampai kedalam gegendang telinga menurut setengan ulamak dan had batin bagi hidung ialah melepasi tulang hidung.

Adapun mengorek telinga seperti biasa dengan putik kapas atau mengorek hidung seperti biasa pada kelopak hidung maka tidaklah membatalkan puasa,

2. Diantara syarat sah solat jumaat menurut pendapat yg muktamad dalam mazhab Syafie ialah dilakukan dalam banggunan yg dikhaskan untuk solat jumaat dan sekurangnya oleh 40 orang lelaki yang mustautin dan dikerjakan setelah membaca dua khutbah.

Jika tidak dikerjakan menurut syarat2 berikut maka solat jumaat adalah tidak sah.

wallahua'lam

Wednesday, November 5, 2008

Al-Fatihah Buat Allahyarham Ahmad Aduka Alias



Ahmad Aduka (baju kuning keemasan pekat dgn berkupiah putih)
sedang menjamu selera


Ahmad Aduka Alias,
watak sederhana tapi cukup memikat,
apa jua berita baik atau buruk,
ditapis dengan pancaran keilmuan,
tidak mudah meletakkan dalam
golongan ilmuan jahiliah,
aib sesama manusia disimpan rapi dari menjaja, pujian sesama manusia dijadikan modal bicara....
gembiranya dia pergi tanpa dosa sesama manusia...Doakan kami zuhud dlm nikmat, tabah dalam niqmah..

Al-Fatihah buat insan yg peramah,

Allahyarham Ustaz Ahmad Aduka Bin Alias

1984-2008

Al-fatihah...

Friday, October 31, 2008

GALERI DIGITAL



Ditulis oleh Ustaz Azhar Idrus
Thursday, 24 July 2008

Assalamu'alaikum

Kepada peminat2 gambar digital bolehlah melayari galeri terbaru saya di :



http://www.digitalmukmin.com/



kalu sudi komen pun bagus jugak...

keliru..rezeki



Ditulis oleh ahmad redzuan razak
Sunday, 12 October 2008

assalamualaikum..wbt,

Ustaz,

1.Saya keliru berkenaan dgn pemakaian cincin suasa,adakah ianya haram bg lelaki?

2.Pemakaian minyak wangi beralkohol sewaktu sembahyang?

3.Bagaimana nak dpat berkat dari rezeki yang kita dapat?sebab sekarang ni apa yang saya dapat tidak pernah mencukupi walaupun dalam jumlah yang banyak...

4.Apakah ayat2 yang diamalkan untuk menenangkan hati dan dipermudahkan dalam kehidupan ?

...........................................

jawapan oleh S.S Ustaz Azhar Idrus

w.salam

1. Cincin suasa diharamkan keatas kaum lelaki memakakinya oleh ulamak2 kerana ia mengandungi emas kuning yang sedia maklum diharamkan keatas lelaki.

2. Ada dua pendapat berkenaan masalah ini. pendapat yg pertama mengatakan ianya adalah najis dan menyebabkan solat menjadi tidak sah. Dan pendapat yg kedua mengatakan ianya adalah najis yang dimaafkan kerana keadaannya yg sedikit itu dimaafkan didalam sembahyang.

3. Keadaan ekonomi sekarang memang sedia maklum menjadikan kehidupan kita semakin sukar. Oleh itu berjimatlah berbelanja dan beli perkara2 yang sangat dihajatkan sahaja dulu jika pendapatan kita tidak banyak.

4. Amalkan sifat taqwa sebanyak mungkin kerana hanya orang2 yang bertaqwa sahajalah yang Allah swt janjikan dengan luas rezeki dan berlapang dada.

wallahua'lam

bantuan anak yatim



Ditulis oleh Qaleefa
Monday, 08 September 2008

assalamualaikum ust

kakak sy ada 2 org anak.stelah berkahwin 12 tahun, masih belum menerima cahaya mata. dan mengambil anak angkat. stelah anak angkat berusia 4 tahun, baru di kurniakn seorg anak lekaki yg sihat.

setelah anak kandung dia 7 bulan, suami kakak sy meninggal.dikatagorikan anak yatim..

persoalannya ust, di bulan ramadhan ni, byk aktiviti sedekah/bantuan kpd anak2 yatim dan ibu tunggal.bagaimana dgn anak angkat yg di belanya? adakah anak angkat yg sulung tu x layak menerima bantuan, sedangkan kakak sy mmbela kedua-duanya..

jadi jika wakil dr bantuan anak2 yatim dtg dan kakak saya tuliskan sekali nama anak angkat dia (anak jagaan), haram ke ust?



.......................

jawapan oleh S.S Ustaz Azhar Idrus

w.salam

Kedua2 anak tersebut adalah layak menrima bantuan orang2 miskin jika mereka memangnya miskin dan tidak mengapa menulis nama anak angkat tersebut sebagai anak dengan tujuan memudahkan urusan mendapatkan bantuan yang dimaksud dengan syarat tidak diqasadkan sebagai anak sendiri.

Anak yatim yang tidak termasuk dalam golongan faqir miskin adalah tidak layak menerima bantuan tersebut kerana bantuan tersebut hanya dikhaskan kepada orang yang miskin sahaja.

wallahua'lam

MAHU BELAJAR AGAMA SECARA FULLTIME




Ditulis oleh MUHD KHAIRUL AZMI BIN MOHD SALLEH
Tuesday, 09 September 2008

Salam kepada ustaz,

Di sini saya ingin bertanya pendapat dan cadangan ustaz secara terbuka. harap2 dapat membantu saya.

Saya sekarang bekerja sebagai seorang engineer di salah sebuah jabatan kerajaan. Namun saya sebenarnya sejak tingkatan 1 saya memang minat untuk belajar agama secara penuh masa. Tetapi oleh kerana mendengar nasihat parent saya, saya belajar lah juga engineering..

Masalahnya sekarang saya dah hilang minat untuk buat kerja dalam bidang ni dan saya rasa saya dah jadi macam hamba kepada kerja.dan makin jauh dengan Allah.terpaksa ustaz.....kerja banyak sgt2...

Sekarang saya betul2 rasa nak belajar agama all out, dan nak tingkatkan ilmu diri,nak cuba amal,nak dekat dengan Allah serta sampaikan kat orang lain macam ustaz juga.

Saya tau ustaz mesti akan kata buat part time, atau belajar di surau2. Masalahnya ustaz, saya jenis tak leh buat byk2 keje dalam satu masa. tak leh nak fokus dan rasa masuk kiri keluar kanan kalau tak dapat nak sampaikan/kongsi dengan orang lain.

Lagipun masyarakat hari ini biasanya akan tanya 'kelayakan mana?' kalu nak mengajar. jadi saya rasa nak belajar dan ubah arah ke agama yang mana saya rasa bidang ni pasti akan mendekatkan diri saya dengan Allah dan dapat nak hidupkan balik surau umah saya yang dah makin tak da org ni...

Persoalannya:-

1) Kat mana saya nak belajar secara penuh yang kupasannya macam ustaz dan detail..

2) Macammana dengan kerjaya saya yang ada sekarang?tangguh?,cuti? atau macammana...

3) Harap ustaz dapat menjadi penyebab untuk bantu saya......

Apa cadangan ustaz?????

Sekian, terima kasih......



.................................

jawapan oleh S.S Ustaz Azhar Idrus

w.salam

Terdahulu saya ucapkan Alhamdulillah kerana Allah swt telah membuka hati saudara kepada mencari keredahaannya.

Alangkah indahnya kalau ramai orang yg macam saudara ini.

Ada dua cara belajar agama jika saudara benar2 berminat. Satunya belajar di sekolah2 agama seterusnya melanjutkan pelajaran agama saudara sampai ke peringkat universiti seperti Al-Azhar atau seumpamanya. Keduanya belajar secara secara talaqqi yaitu sebagaimana yg dipraktikkan di pondok2 sekitar negeri Terengganu ini.

Belajar di pondok agama seperti ini tidak memerlukan apa2 sijil atau testimonial dan tidak mensyaratkan umur2 yang tertentu. Kalau dah berumur 40 tahun pun masih diterima belajar di pondok seperti ini.. Hanya keazaman yang paling penting. Diantara pondok yg terdekat ialah pondok Bukit Jong. Di pondok ni mula dari bawah dengan kitab2 kecil dahulu kemudian naik peringkat demi peringkat dengan kitab2 berbahasa arab dalam perlbagai ilmu2 yg terdapat dalam Islam.

Orang yang terpelajar seperti saudara rasanya tidak mengambil masa yang lama untuk memahami ilmu2 yg dipelajari jika saudara bersungguh2.

Dan tentang kerjaya saudara..terpulang kepada saudara. Biasanya kalau nak menetap di pondok maka terpaksalah berhenti kerja atau mengambil cuti panjang.

Tapi kalau nak belajar cara saya tak perlu berhenti kerja. Siang bekerja manakala sebelah malamnya belajar agama. Cuma jika belajar sambil bekerja kenalah kuat mujahadahnya dan mengurangkan aktiviti lain pada waktu malam kerana pada masa inilah sahaja masa untuk mendalami ilmu yang dipelajari.

Contohnya belajar pada masa lepas asar dan selepas maghrib sampai kepada lewat malam lebih kurang 7 jam sehari.

Ilmu yang perlu untuk menjadi guru agama tidak sama dengan apa yang dipelajari oleh orang awam dalam kuliyah2 maghrib. Diantara ilmu yg perlu untuk menjadi guru agama ialah ilmu nahu, sorof, ma'ani, tasybih, isti'aroh, usul fiqh, tajwid, usul Quran, lughah 'arabiyah, fiqh, tafsir, hadith, mustolah , siroh,dan beberapa ilmu lagi.

Pendapatan dari kerja saudara dapat membantu saudara ketika belajar kerana kewangan juga tidak kurang pentingnya dalam menjadi pelajar agama.

Dan untuk lebih mendalam saudara boleh berjumpa dengan saya bila2 masa supaya saya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci dan lebih mudah untuk saudara memahaminya.

Harap dengan sedikit penjelasan dari saya ini dapat menyelesaikan persoalan yg saudara hadapi ini.

wallahua'lam

Hukum Pemakain sutera



Ditulis oleh Mohd Firdaus
Sunday, 28 September 2008

Assalamualaikum ustaz...

Saya ada kemusykilan sikit ustaz,bersempena hari raya ini,apa hukum pemakaian baju melayu thai silk? Setahu saya sutera adalah haram hukumnya.

Terima Kasih di atas pandangan dan penjelasan ustaz.

.............................

jawapan oleh S.S Ustaz Azhar Idrus


w.salam

Kain sutera asli yang benangnya dihasilkan dari ulat sutera adalah haram dipakai oleh lelaki. Manakala sutera tiruan yang mana pembuatannya dari benang kapas yg bercampur dengan benang sutera maka hukum memakainya jika benang sutera lebih banyak dari benang kapas maka ia tetap haram keatas kaum lelaki dan jika benang kapas lebih banyak dari benang sutera maka harus pula memakakainya.

Jika tidak diketahui adakah benang sutera lebih banyak atau benang kapas lebih banyak maka hukumnya hendaklah dikembalikan kepada uruf yakni kebiasaan.

Biasanya kain sutera siam adalah diperbuat dari benang sutera asli oleh itu ianya adalah diharamkan ke atas kaum lelaki memakainya dan diharuskan ke atas kaum wanita sahaja.

wallahua'lam

Rujukan Kitab fatawa Ibnu hajar Al-Haithami