Firman Allah Ta'ala Yang Bermaksud: "JANGANLAH KAMU MENGIRA BAHAWA ORANG-ORANG YANG MATI DI JALAN ALLAH ITU MATI BAHKAN MEREKA HIDUP DISISI TUHAN DENGAN MENDAPAT REZEKI" (Surah Al-Imran 169)
Friday, October 31, 2008
Hukum Pemakain sutera
Ditulis oleh Mohd Firdaus
Sunday, 28 September 2008
Assalamualaikum ustaz...
Saya ada kemusykilan sikit ustaz,bersempena hari raya ini,apa hukum pemakaian baju melayu thai silk? Setahu saya sutera adalah haram hukumnya.
Terima Kasih di atas pandangan dan penjelasan ustaz.
.............................
jawapan oleh S.S Ustaz Azhar Idrus
w.salam
Kain sutera asli yang benangnya dihasilkan dari ulat sutera adalah haram dipakai oleh lelaki. Manakala sutera tiruan yang mana pembuatannya dari benang kapas yg bercampur dengan benang sutera maka hukum memakainya jika benang sutera lebih banyak dari benang kapas maka ia tetap haram keatas kaum lelaki dan jika benang kapas lebih banyak dari benang sutera maka harus pula memakakainya.
Jika tidak diketahui adakah benang sutera lebih banyak atau benang kapas lebih banyak maka hukumnya hendaklah dikembalikan kepada uruf yakni kebiasaan.
Biasanya kain sutera siam adalah diperbuat dari benang sutera asli oleh itu ianya adalah diharamkan ke atas kaum lelaki memakainya dan diharuskan ke atas kaum wanita sahaja.
wallahua'lam
Rujukan Kitab fatawa Ibnu hajar Al-Haithami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment