Friday, October 31, 2008

MAHU BELAJAR AGAMA SECARA FULLTIME




Ditulis oleh MUHD KHAIRUL AZMI BIN MOHD SALLEH
Tuesday, 09 September 2008

Salam kepada ustaz,

Di sini saya ingin bertanya pendapat dan cadangan ustaz secara terbuka. harap2 dapat membantu saya.

Saya sekarang bekerja sebagai seorang engineer di salah sebuah jabatan kerajaan. Namun saya sebenarnya sejak tingkatan 1 saya memang minat untuk belajar agama secara penuh masa. Tetapi oleh kerana mendengar nasihat parent saya, saya belajar lah juga engineering..

Masalahnya sekarang saya dah hilang minat untuk buat kerja dalam bidang ni dan saya rasa saya dah jadi macam hamba kepada kerja.dan makin jauh dengan Allah.terpaksa ustaz.....kerja banyak sgt2...

Sekarang saya betul2 rasa nak belajar agama all out, dan nak tingkatkan ilmu diri,nak cuba amal,nak dekat dengan Allah serta sampaikan kat orang lain macam ustaz juga.

Saya tau ustaz mesti akan kata buat part time, atau belajar di surau2. Masalahnya ustaz, saya jenis tak leh buat byk2 keje dalam satu masa. tak leh nak fokus dan rasa masuk kiri keluar kanan kalau tak dapat nak sampaikan/kongsi dengan orang lain.

Lagipun masyarakat hari ini biasanya akan tanya 'kelayakan mana?' kalu nak mengajar. jadi saya rasa nak belajar dan ubah arah ke agama yang mana saya rasa bidang ni pasti akan mendekatkan diri saya dengan Allah dan dapat nak hidupkan balik surau umah saya yang dah makin tak da org ni...

Persoalannya:-

1) Kat mana saya nak belajar secara penuh yang kupasannya macam ustaz dan detail..

2) Macammana dengan kerjaya saya yang ada sekarang?tangguh?,cuti? atau macammana...

3) Harap ustaz dapat menjadi penyebab untuk bantu saya......

Apa cadangan ustaz?????

Sekian, terima kasih......



.................................

jawapan oleh S.S Ustaz Azhar Idrus

w.salam

Terdahulu saya ucapkan Alhamdulillah kerana Allah swt telah membuka hati saudara kepada mencari keredahaannya.

Alangkah indahnya kalau ramai orang yg macam saudara ini.

Ada dua cara belajar agama jika saudara benar2 berminat. Satunya belajar di sekolah2 agama seterusnya melanjutkan pelajaran agama saudara sampai ke peringkat universiti seperti Al-Azhar atau seumpamanya. Keduanya belajar secara secara talaqqi yaitu sebagaimana yg dipraktikkan di pondok2 sekitar negeri Terengganu ini.

Belajar di pondok agama seperti ini tidak memerlukan apa2 sijil atau testimonial dan tidak mensyaratkan umur2 yang tertentu. Kalau dah berumur 40 tahun pun masih diterima belajar di pondok seperti ini.. Hanya keazaman yang paling penting. Diantara pondok yg terdekat ialah pondok Bukit Jong. Di pondok ni mula dari bawah dengan kitab2 kecil dahulu kemudian naik peringkat demi peringkat dengan kitab2 berbahasa arab dalam perlbagai ilmu2 yg terdapat dalam Islam.

Orang yang terpelajar seperti saudara rasanya tidak mengambil masa yang lama untuk memahami ilmu2 yg dipelajari jika saudara bersungguh2.

Dan tentang kerjaya saudara..terpulang kepada saudara. Biasanya kalau nak menetap di pondok maka terpaksalah berhenti kerja atau mengambil cuti panjang.

Tapi kalau nak belajar cara saya tak perlu berhenti kerja. Siang bekerja manakala sebelah malamnya belajar agama. Cuma jika belajar sambil bekerja kenalah kuat mujahadahnya dan mengurangkan aktiviti lain pada waktu malam kerana pada masa inilah sahaja masa untuk mendalami ilmu yang dipelajari.

Contohnya belajar pada masa lepas asar dan selepas maghrib sampai kepada lewat malam lebih kurang 7 jam sehari.

Ilmu yang perlu untuk menjadi guru agama tidak sama dengan apa yang dipelajari oleh orang awam dalam kuliyah2 maghrib. Diantara ilmu yg perlu untuk menjadi guru agama ialah ilmu nahu, sorof, ma'ani, tasybih, isti'aroh, usul fiqh, tajwid, usul Quran, lughah 'arabiyah, fiqh, tafsir, hadith, mustolah , siroh,dan beberapa ilmu lagi.

Pendapatan dari kerja saudara dapat membantu saudara ketika belajar kerana kewangan juga tidak kurang pentingnya dalam menjadi pelajar agama.

Dan untuk lebih mendalam saudara boleh berjumpa dengan saya bila2 masa supaya saya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci dan lebih mudah untuk saudara memahaminya.

Harap dengan sedikit penjelasan dari saya ini dapat menyelesaikan persoalan yg saudara hadapi ini.

wallahua'lam

No comments: