Thursday, June 26, 2008

Pakatan Menghapuskan Umat Islam

Serangan Keatas Iraq Satu Pakatan Sistematik

Serangan tentera Amerika dan Gabungan negara-negara kafir yang didalangi oleh Israel ke atas negara-negara Islam menyebabkan Jutaan Nyawa terkorban.
Nyawa dan maruah Umat Islam menjadi begitu murah sekali. Palestin, Iraq dan Afghanistan menjadi mangsa penjajahan tentera kafir dalam keadaan yang sangat tragis.

Tujuan utama Gabungan tentera kafir yang diketuai oleh Amerika, England dan Israel adalah untuk menguasai minyak di Timur Tengah dan dalam masa yang sama mengambil peluang untuk menghancurkan umat Islam yang sedang lemah akibat perpecahan dan permusuhan sesama sendiri. Iraq merupakan negara yang mempunyai simpanan minyak yang kedua terbanyak dunia selepas Arab Saudi manakala Iran pula ketiga. Sebab itu tidaklah hairan jika Iran akan menjadi mangsa yang seterusnya. Tambahan pula Iran tidak menjual setitik minyaknya kepada Amerika. Sebahagian besar minyak Iran dieksport ke China, pesaing nombor satu ekonomi Amerika, yang membuatkan ”polis dunia” ini melenting. Bumi Hijjaz (Arab Saudi) juga berada dalam keadaan genting di mana musuh-musuh Islam yang terdiri dari gabungan tentera salib Amerika dan Eropah berserta dengan Zionis Israel semakin menghampiri dan mengepung secara sistematik.

Ratusan ribu umat Islam di Iraq dan Afghanistan telah dibunuh semata-mata untuk melaksanakan perancangan jahat Imperialis Neo Con Salib dan Yahudi Zionis. Afghanistan ditakluki semata-mata untuk memudahkan Amerika dan Eropah membina paip minyak untuk menyalur keluar minyak yang dirompak dari rakyat Iraq. Sebahagian minyak lagi disalurkan terus ke Israel. Beribu-ribu masjid juga telah dimusnahkan. Imam-imam serta para ulamak telah dicolek, disiksa dan dibunuh. Ada masjid yang telah dijadikan pusat pelacuran oleh tentera Amerika dan sekutunya. Perpustakaan-perpustakaan yang menempatkan kitab-kitab ilmu Islam yang tidak ternilai yang berusia ratusan tahun dibakar. Artifak-artifak lama dari tamadun Asyria dan Babylon yang berusia ribuan tahun di muzium-muzium Iraq yang bernilai berbilion ringgit dicuri dan dikeluarkan secara gelap dari Iraq ke pasaran Eropah.

Lama sebelum perang bermula, lebih setengah juta bayi dan kanak-kanak Iraq terkorban kerana kekurangan zat dan kemudahan perubatan akibat tindakan sekatan ekonomi yang dikenakan PBB atas desakan Amerika. Generasi yang sepatutnya menjadi harapan untuk mempertahan dan membangunkan negara pada masa depan telah habis dihapuskan secara sistematik. Sepanjang sekatan ekonomi, hampir semua jenis kemudahan yang diperlukan disekat sekeras-kerasnya termasuk kertas dan pen. Ini untuk memastikan generasi Islam di Iraq akan terus menjadi bodoh tanpa bahan pendidikan yang sempurna.

Apabila Amerika menceroboh Iraq, rakyat tempatan (yang kebanyakannya dari puak Syiah dan Kurdis) telah direkrut untuk menjadi askar-askar dan polis-polis boneka ciptaan Amerika. Mereka bersekongkol dengan penjajah kafir bersama-sama membunuh orang-orang Islam semata-mata untuk mendapat ganjaran yang sedikit. (Askar dan polis biasa dibayar gaji sebanyak USD 150 sebulan; dan wang gaji ini pula dibiayai oleh hasil minyak dan khazanah Iraq yang dicuri tentera-tentera kafir itu). Walaupun pembelot-pembelot itu berasa selamat berada di bawah ketiak Amerika, mereka kehilangan banyak nyawa di tangan pejuang Iraq. Apabila Amerika dan sekutunya melancarkan serangan ke atas bandar-bandar dan kampung-kampung di Iraq, askar-askar boneka akan diletakkan di barisan hadapan, sedang tentera kafir di belakang mereka. Sekiranya penduduk kampung/bandar berjaya di dalam peperangan, maka ramai askar-askar boneka yang melayang nyawa. Tidak kurang juga askar kafir yang terbunuh. Tetapi jika sebaliknya berlaku (apabila Tentera kafir dan tentera boneka berjaya menawan sesuatu bandar/kampung, maka kesemua binatang ini akan menambil kesempatan melakukan kekejaman ke atas orang awam dengan menyeksa mereka sewenang-wenangnya, mencuri harta benda, merogol wanita dan gadis, Serta berbagai kekejaman lagi).

Ada juga segelintir penduduk-penduduk kampung yang telah dibayar oleh tentera kafir untuk menjadi pengintip bagi pihak mereka. Penduduk kampung yang munafik ini menyalurkan maklumat tentang kedudukan pejuang, atau memberitahu secara spesifik individu yang terlibat dengan perjuangan menentang penjajahan. Teknik yang paling biasa digunakan oleh tentera kafir apabila mendapat tahu identiti individu yang terlibat memerangi mereka ialah dengan menangkap seluruh ahli keluarga pejuang dan mengebom rumah mereka. Pemberi maklumat ini juga mengambil kesempatan dengan memberi maklumat palsu supaya tertangkapnya mereka yang ada permusuhan peribadi pemberi maklumat pada masa zaman sebelum perang. Akibatnya, ramai yang menjadi mangsa akibat balas dendam, peribadi. Namun semangat perjuangan rakyat Iraq yang cintakan agamanya tidak pernah padam, Alhamdulillah. Serangan dari pejuang terhadap tentera kafir dan boneka meningkat sehingga 100 serangan sehari. Kematian dan kecederaan di pihak musuh semakin hari semakin parah.

Orang-orang awam terus menjadi mangsa kekejaman tentera kafir dan boneka. Setiap hari, tentera kafir akan menceroboh rumah penduduk awam sesuka hati atas alasan mencari pejuang. Penduduk-penduduk yang kebanyakannya dari golongan Sunnah akan ditangkap dan dipenjarakan di penjara-penjara yang dikendalikan oleh askar-askar kafir dan boneka. Wanita, orang tua dan tidak ketinggalan kanak-kanak yang semuda 8 tahun turut dipenjarakan. Di dalam penjara, wanita serta gadis-gadis iraq dirogol beramai-ramai dan aksi rogol tersebut divideokan dan difotokan untuk dijual secara eksklusif kepada ahli-ahli politik dan orang-orang kaya syaitan Amerika yang gila untuk menjadi bahan tontonon keseronokan mereka. Kanak-kanak perempuan juga turut menjadi alat pemuas nafsu askar-askar kafir yang celaka itu manakala kanak-kanak lelaki pula menjadi mangsa askar-askar serta pegawai-pegawai tentera kafir yang homoseksual. Kebanyakan mangsa diberi dadah (yang dimasukkan ke dlm makanan dan minuman) sebelum dirogol. Bayangkanlah wahai saudara-saudara ku sekelian.

Seluruh dunia dikejutkan dengan peristiwa yang berlaku di penjara Abu Gharib. Betapa dahsyat apa yang kita saksikan berlaku di situ melalui foto-foto yang kita lihat tersiar di dada akhbar dan laman web. Malahan, terdapat banyak lagi foto-foto ngeri tentang penyeksaan dan penderaan seksual ke atas tahanan lelaki, wanita serta kanak-kanak yang masih tersimpan rapat di dalam peti rahsia di Pentagon USA.

Tentera kafir Amerika mengguna segala macam taktik yang amat kotor untuk memusnahkan Iraq dan penduduknya. Salah satu contohnya adalah kejadian serangan ke atas bandar Al-Qaim, sebuah bandar yang mempunyai 25,000 penduduk di utara Iraq yang terletak berhampiran dengan Sungai Furat (Euphrates). 4000 Tentera kafir dan 2000 tentera boneka telah mengepung bandar ini pada bulan September 2005 dari semua arah. Tangki air utama dan tempat menyimpan makanan utama diletupkan dengan menggunakan jet pejuang. Bekalan elektrik diputuskan. Dalam masa 4 hari bandar itu dibedil oleh meriam dan kereta kebal yang berjumlah 400 unit semuanya yang berkubu di luar kota. Orang luar termasuk doktor dan jururawat di larang masuk untuk memberi bantuan makanan dan perubatan. Penduduk tempatan terus bertahan dan memberi tentangan dengan senjata ringan dengan penuh semangat jihad. Selepas 4 hari bekalan makanan dan air mula kehabisan. Akibat dahaga, wanita dan kanak-kanak terpaksa ke sungai Furat untuk mendapatkan air minuman. Malangnya tentera kafir Amerika telah menempatkan ‘snipers’ (penembak tepat) mereka di sepanjang sungai. Ramai wanita dan kanak-kanak menjadi korban tembakan ‘snipers’ yang berhati syaitan itu ketika mengambil air. Selepas seminggu bandar itu dikepung, Allah ta’ala telah memberi kemenangan kepada kaum muslimin apabila penduduk-penduduk dari bandar dan perkampungan lain datang memberi bantuan dengan mengepung dan menyerang tentera kafir dan boneka dari arah luar.

Falujah, kota seribu masjid dengan penduduk seramai 300,000 orang telah di bom dengan teruk oleh jet-jet dan pesawat-pesawat dari sebelah atas; dan dari sebelah bawah pula, mereka mengebom dengan menggunakan artileri berat (meriam besar dan kereta kebal). Beribu-ribu orang awam terbunuh. Tidak kurang juga yang cedera terkena serpihan bom atau tembakan snipers kafir Amerika. Terdapat kejadian orang-orang awam yang tidak boleh bergerak akibat kecederaan tersadai di jalan raya. Lebih malang lagi, mangsa-mangsa yang masih hidup ini (termasuk kanak-kanak) telah digilis pula dengan sengaja oleh kereta kebal-kereta kebal Amerika Laknatullah sehingga hancur berkecai. Doktor dan jururawat telah dihalang dari memasuki kawasan yang diserang untuk membantu orang awam yang cedera. Ada doktor dan jururawat yang berdegil untuk memberi bantuan dibunuh oleh tentera-tentera Syaitan itu. Ambulan di tembak dan paramedik juga dibunuh kejam. Orang awam yang cedera yang masih hidup terus dibiarkan mati perlahan-lahan akibat kehilangan banyak darah. Begitu juga dengan nasib wartawan yang ingin membawa berita tentang kejadian sebenar juga dibunuh. Tidak kurang dari 80 orang wartawan yang telah dibunuh oleh tentera kafir kebanyakannya dari Agensi berita Al Jazeera dan Mafkarat Al Islam.

Ada kejadian di mana kanak-kanak sekolah Iraq ditembak oleh askar-askar syaitan Amerika yang menganggapnya satu permainan dengan mempertaruhkan wang siapa yang dapat menembak kanak-kanak Iraq dengan tepat dari jarak tertentu. Berbagai jenis kezaliman yang telah dilakukan oleh tentera Syaitan dan sekutunya yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Segala macam jenis Bom telah digunakan oleh tentera kafir untuk membunuh saudara-saudara kita di Iraq. Antara jenis-jenis bom yang digunakan selain dari bom-bom pemusnah biasa ialah bom kimia yang dikenali dengan nama WP (White Phosphorus). Apabila WP terkena kepada kulit mangsa, ia akan menghasilkan tindakbalas kimia terhadap tisu badan yang menyebabkan kulit dan daging gugur ke bumi terpisah dari tulang. Jika terkena, tidak ada apa yang dapat menghentikannya, walaupun dicuci dengan air. Bahan kimia ini hanya bertindak balas pada anggota manusia tetapi tidak dengan kain atau bahan lain. Oleh itu, kebanyakan jenazah mangsa tinggal tulang tetapi pakaian mereka tidak terjejas. (untuk mendapat gambaran yang lebih jelas sila kunjungi http://dahrjamailiraq.com/gallery/view_ ... me=album32 ) Selain dari bom kimia, mereka juga menggunakan bom Napalm yang pernah digunakan di Vietnam. Bom ini adalah jenis bom api yang membakar segala benda yang berada di atas permukaan bumi dan di bawahnya. Beribu-ribu rakyat Iraq yang rentung menjadi arang akibat bom ini termasuklah juga haiwan ternakan. Bom Cluster pula memainkan peranan membunuh generasi Iraq untuk jangkamasa pendek dan panjang. Bom ini merupakan bom besar yang mengandungi 1500 bom-bom kecil di dalamnya yang menyerupai bentuk kapal terbang permainan. Apabila bom ini jatuh ke bumi, hanya sebahagian kecil yang akan meletup manakala sebahagian besar lagi hanya akan meletup apabila disentuh. Kanak-kanak ramai yang menjadi korban kerana menyangka bom itu ‘kapal tebang permainan’. Sejenis lagi bom yang digunakan khusus terhadap pejuang Iraq ialah bom dadah yang ditembak menggunakan meriam. Bom ini digunakan untuk melemahkan pejuang supaya mudah bagi tenetra kafir membunuh mereka. Jenayah paling busuk yang mereka lakukan terhadap penduduk Iraq ialah dengan menyebarkan bahan radioaktif dan toksik berbisa di bumi Iraq yang dikenali dengan DU (Depleted Uranium). DU merupakan sisa buangan nuklear yang sangat-sangat merbahaya kepada manusia. Bahan ini akan meresap ke dalam tanah dan akan terus tertanam di situ untuk hampir selama-lamanya kerana kesan akibat pencemarannya mengambil masa sehingga 4 bilion tahun untuk pulih. Sekiranya wanita mengandung terhidu bahan kimia tersebut, ia akan menyebabkan wanita itu maut secara perlahan-lahan dengan mereputkan organ-organ di dalam badan manakala bayi yang dilahirkan akan cacat (menjadi seperti makhluk asing) dan tidak akan dapat bertahan untuk hidup. Orang lelaki yang terhidu juga akan mengalami nasib yang sama yang bukan hanya merosakkan anggota badan sahaja, malah DNA seseorang itu. Walaupun orang yang terkena bahan kimia ini berkahwin dengan perempuan yang tidak cemari DU, bayi yang bakal dilahirkan akan menerima nasib yang sama. (untuk gambaran lanjut, sila kunjungi http://www.albasrah.net) Sehingga kini, tidak kurang dari 3000 tan bahan ini telah dibuang ke bumi Iraq. Ini untuk memastikan generasi Muslim Iraq akan terus terhapus dari peta dunia.

Sekian, Wassalam

No comments: