Friday, June 27, 2008

Johan tilawah ditawar hadiah Dinar Emas bernilai RM10,000

Salmah Mat Husain
Mon | Jun 23, 08 | 7:29:26 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Jun (Hrkh) Kerajaan Kelantan turut menawarkan hadiah agak lumayan iaitu RM10,000 bagi johan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri yang akan diadakan bermula malam esok.

Tilawah tersebut merupakan kali Ke-51 akan diadakan selama tiga hari bertempat di Balai Islam Lundang.

Perasmiannya akan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bermula jam 8.40 malam dan majlis penutupnya akan dilakukan Sultan Kelantan pada 26 Jun ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, pemenang tempat kedua akan memperolehi RM4,000, ketiga (RM3,000) dan saguhati masing-masing sebanyak RM700 setiap seorang.

?Seramai sembilan qari termasuk johan menunggu akan menyertai pertandingan itu. Pemenang diberi wang dalam berupa emas dinar.

?Tempat pertama, selain mendapat emas dinar bernilai RM10,000 peserta juga akan mendapat tiket umrah pergi dan balik tajaan Al-Quds Travel di samping sijil penyertaan,? ujarnya di sini.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir menyaksikan tilawah berkenaan bagi menyemarakkan lagi syiar Islam di negeri ini.

Selain itu katanya ia juga bersesuaian dengan Kelantan ditadbir ulama dan Kota Bharu telah dinobatkan sebagai Bandar Raya Islam.

Beliau juga berkata, tujuan program tahunan itu diadakan bagi memartabatkan al-Quran di dalam kehidupan masyarakat dan melahirkan insan celik al-Quran. Selain itu bertujuan memasyarakatkan al-Quran.

Johan peringkat negeri akan mewakili Kelantan ke pertandingan peringkat kebangsaan yang dijangka diadakan 6 hingga 12 Julai di Dewan Wawasan, Jitra Kedah. - mj _

No comments: