Monday, June 16, 2008

Demo 13 Jun berjaya dan penuh keamanan

Posted on oleh HermanSamsudeen

Demontrasi Aman yang menghimpunkan pemuda-pemuda Pakatan dan rakyat pada hari ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat dalam dan luar negara terhadap kezaliman Barisan Nasional yang menaikan harga minyak minggu lepas.

Himpunan bermula dari Masjid kg. Baru kira-kira jam 2 petang dengan dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub bersama Hj. Mohamad Sabu, Ust. Idris, Syed Azman, Ust. Nuridah, Dr. Lo’lo’, serta Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Jonah@Khairul Annuar Ahmad Zainudin dari Angkatan Muda Keadilan.

Sekitar 5,000 orang menyertai himpunan ini dan pihak Polis yang menerima laporan bahawa perarakan akan berlangsung hingga ke Suria KLCC telah mengambil tempat.

Laluan untuk memasuki jalan Raja Abdullah disekat berhampiran pintu keluar masjid. Untuk itu rancangan untuk ke KLCC dibatalkan dan himpunan berarak memasuki jalan Raja Alang di Chow Kit dan Keluar di Jalan Batu untuk menuju ke Sogo.

Rancangan berkenaan dilakukan bagi memastikan perarakan dapat dijayakan. Suria KLCC adalah rancangan di atas kertas yang akhirnya menyebabkan laluan alternatif menjadi lebih mudah tanpa gangguan Polis.

Pada pagi tadi, penganjur difahamkan bahawa pihak Polis telah mengadakan beberapa sekatan sepanjang laluan hingga ke KLCC dan terdapat juga khabar angin yang mengatakan bahawa sekumpulan samseng yang diupah pihak tertentu menanti di KLCC untuk melakukan rusuhan.

Kita merancang, Allah Merancang dan perancangan Allah itu lebih baik. Maka pelan altenatif digunakan dan perarakan berlangsung dengan aman.

Tak sampai 100 orang anggota polis mengikuti perarakan ini kerana ramai yang berkumpul dilaluan sekitar Jalan Sultan Ismail hingga ke Jalan Ampang.

Laungan “BN..Barang Naik” dan “Turun….Turun…Turun BN” membakar kehangatan tengahari yang ternyata tidak mampu melunturkan semangat para demonstran.

Dalam ucapan pimpinan, Salahuddin menyatakan bahawa rakyat perlu bangkit dan membantah kenaikkan ini sebelum Barisan Nasional terus menerus mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesukahati.

Kerajaan BN dituntut untuk menurunkan harga barang dan rakyat akan teruskan melancarkan kempen PROTES sekiranya pemimpin BN terus bersikap angkuh.

Para demontran mengambil tempat di petak kuning berhadapan dengan Sogo bagi mendengar ucapan pimpinan. Lebih 20 minit, himpunan dilakukan disitu dan pihak polis langsung tidak menganggu himpunan. Mereka hanya memerhati dari jauh sambil turut mendengar ucapan dari para pimpinan.

Selepas sahaja Ust Idris habis memca doa, perarakan diteruskan hingga ke Pejabat Agung Pas di jalan Raja Laut.

Sebelum himpunan bersurai, Salahuddin mengingatkan semua agar dapat mengajak lebih ramai lagi rakyat untuk bersama dalam Himpunan Sejuta Rakyat Membantah Kenaikkan Minyak pada 5 julai nanti.

Para demonstran ternyata berpuashati kerana dapat menyertai Himpunan ini dengan baik walaupun pada awalnya diwar-warkan seperti akan berlaku tangkapan dan adegan kejar mengejar dengan Polis.

Kita memahami bahawa Malaysia negara demokrasi, dan ini adalah sebahagian dari demokrasi yang dituntut rakyat iaitu untuk didengar suara serta pandangan walaupun dari kaki lima.

Thursday, June 12, 2008

KISAH ANAK DAN MENANTU KETAM

Disiarkan gambar-gambar Scomi Coach Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Sdn Bhd) yang berada di tempat yang sama dengan Scomi Rail Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Technology Sdn Bhd)


Penceroboh boleh ditembak
Bas-bas Rapid KL yang tersadai

Bas-bas baru Rapid KL yang sedang dibina di kilang Scomi

Kita juga dengar khabar angin bahawa Scomi juga dapat kontrak membekal unit-unit monorel untuk projek monorel di Pulau Pinang. Sekali lagi Scomi hanya akan membekal unit monorel sahaja dan tidak akan terlibat dengan pembangunan dan pengurusan sistem monorel di Pulau Pinang. Umum tahu pembangunan dan pengurusan tidak memberi keuntungan. Menjual unit monorel tetap untung terutama jika tidak ada tender atau tender di buat dengan spesifikasi yang hanya jenis unit monorel Scomi sahaja yang boleh menepatinya.

(Disiarkan dibawah gambar yang menunjuk rel untuk percubaan unit monorel yang terdapat di kilang Scomi Rail Bhd)


Rel untuk test unit. Dibelakang terlihat satu unit monorel di atas test-rail



Papan kenyataan Scomi Coach Sdn Bhd dan Scomi Rail Bhd

Wednesday, June 11, 2008

BILA KETAM MENGAJAR ANAKNYA!!!

4 BILLION UNTUK RAKYAT

Yang Berhormat Dato’ Bung Mokhtar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan) telah bertanya dalam Dewan Rakyat berkenaan 1000 lebih bas milik Rapid KL yang tersadai dan tidak diguna.

Bas-bas ini dikatakan asalnya milik Intrakota dan City Liner yang telah diambilalih oleh Rapid KL yang dipercayai adalah milik Khazanah. Bas-bas ini masih boleh diguna atau boleh diperbaiki dan dijual oleh Rapid KL.

Tetapi Rapid KL tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat balik sedikit pun daripada kos pembelian syarikat-syarikat ini.

Kenapa?

Apakah Rapid KL begitu untung dan boleh tanggung rugi yang tidak kecil daripada menjadikan bas-bas yang dibeli olehnya sebagai besi buruk?

Rapid KL terkenal dengan jumlah besar bas baru yang dimilikinya. Umum tahu yang bas-bas ini kerap kosong. Oleh kerana ia adalah GLC dan melibatkan wang rakyat sepatutnya untung-ruginya diumumkan kepada orang ramai. Tetapi kita tidak pernah melihat kira-kira untung ruginya. Untung besarkah RapidKL dan Khazanah?

Kita bangga dengan design bas-bas yang dimiliki oleh Rapid KL. Ia amat moden. Saya ingin tahu siapakah yang membekal bas-bas ini. Saya percaya pembekal bas-bas ini meraih keuntungan yang besar kerana begitu banyak bas yang jelas dibeli oleh Rapid KL. Mungkinkah pelupusan dan write-off begitu banyak bas-bas lama adalah supaya bas baru dapat dibeli daripada pembekal tertentu? Jika ya, nampaknya Rapid KL diadakan untuk menguntungkan pembekal. Apakah adanya Rapid-Penang juga tidak mempunyai tujuan yang sama?

Apakah benar pembekal bas Rapid KL dan Rapid Penang ialah M-Trans yang dimiliki 100% oleh Scomi yang dimiliki oleh sipolan-sipolan yang mempunyai talian kekeluargaan dengan pemimpin besar negara?

Katanya pesanan untuk bas baru oleh Rapid KL adalah begitu banyak sehingga Scomi tidak dapat membinanya. Oleh itu Scomi dibenar import bas dari China. Apakah harga import dan harga jualan kepada Rapid KL? Apakah syarikat lain dibenar import bas baru dari luar negeri? Apakah duti import yang dibayar?

Kita juga dengar khabar angin bahawa Scomi juga dapat kontrak membekal unit-unit monorel untuk projek monorel di Pulau Pinang. Sekali lagi Scomi hanya akan membekal unit monorel sahaja dan tidak akan terlibat dengan pembangunan dan pengurusan sistem monorel di Pulau Pinang. Umum tahu pembangunan dan pengurusan tidak memberi keuntungan. Menjual unit monorel tetap untung terutama jika tidak ada tender atau tender di buat dengan spesifikasi yang hanya jenis unit monorel Scomi sahaja yang boleh menepatinya.

Monday, June 9, 2008

Ustaz Azhar



KISAH HAMZAH MEMELUK AGAMA ISLAM

Ditulis oleh Hamba Allah
Friday, 16 May 2008

Walaupun menurut salasilah,Hamzah adalah seorang bapa saudara, usianya tidak beberapa jauh berbeza dengan Muhammad Salawatu Alai Wasalam. Ia merupakan bapa saudaranya yang paling muda. Di kalangan para pahlawan Quraisy ia termasuk salah seorang jaguh yang paling ditakuti selain Umar Al Khatthab.

Ketangkasan dan kekuatannya bahkan dianggap dapat mengimbangi sejumlah pemuda Quraisy yang memeluk agama Islam pada masa itu. Pada masa Hamzah yang masih merada dalam puak Kaum Musyrikin, Abu Jahal merasa kuat dan berani menghina, mengejek dan menyeksa bekas anak buahnya yang telah menjadi pengikut agama Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam.Namun, Hamzah adalah Harah, putera Abdul Mutthalib.

Meskipun dengan ayah Muhammad Salawatu Alai Wasalam tidak seibu, kerana dilahirkan dari isteri Abdul Muthalib yang bernama Halah, sedangkan Abdullah dari isteri tua bernama Fatimah, rasa kekeluargaan Hamzah dengan Muhammad Salawatu Alai Wasalam sangat hampir. Apatah lagi ia bukan sahaja menjadi bapa saudara, bahkan juga sebagai saudara sesusuan, sebab sewaktu kecilnya pernah menjadi anak asuh Thuwaibah dan Halimatus Saadiyah, yang juga menyusui Muhammad semasa bayinya.

Dari itu, dapat dibanyangkan alangkah berang dan cemasnya ketika Salma (hamba kepada Shafiyah binti Abdul Muthalib) datang kepadanya lalu berkata-kata dengan nada tersekat-sekat,
"Wahai Hamzah,Abu Amarah..gelaranmu adalah Biang Kemarahan..maka engkau pasti amat murka bila menyaksikan bagaimana si terkutuk Abu Jahal,Biang Kebodohan itu menyeksa anak saudaramu Muahammad dengan sewenang-wenangnya.?"Muka Hamzah mendadak merah. Sebab sudah seringkali didengarnya keganasan Abu Jahal terhadap anak saudaranya itu. "apakah kamu menyaksikan sendiri Abu Jahal menganiayai Muhammad??"Budak perempuan itu mengangguk.

"Demi ALLAH, tidak ada perbuatan yang lebih buruk daripada tindakan Abu Jahal kepada Muhammad pagi tadi.""Kurang ajar!?" teriak Hamzah tanpa berfikir bahawa dia dan Abu Jahal berada dalam satu puak seagama, sedangkan Muhammad dari puak seagama yang lain.

"Ceritakan kepadaku apa yang dilakukan oleh Abu Jahal kepada Muhammad??"Salma lantas berkata, "semasa itu Muhammad sedang duduk bersendirian di kaki Bukit Shafa. Tiba-tiba Abu Hakam,si Abu Jahal itu, mendatanginya dan memaki-maki dengan cacian yang kotor. Muhammad cuma diam, tidak membalas sepatah pun. Abu Jahal bertambah naik geram. Ia meraup pasir dan dan menaburkannya kewajah Muhammad.

Anak saudara engkau itu masih tidak melawan. Abu Jahal semakin menjadi-jadi. Ia mengambil tahi binatang dan melemparkannya kepada Muhammad. Oleh kerana apa yang dilakukannya tidak sikitpun dilawan oleh Muhammad, Abu Jahal mengangkat dan memukul Muhammad, lalu memijak-mijak kepalanya. Sungguh, saya tidak sampai hati melihatnya lebih lama. Andaikata saya seorang lelaki, walaupun umpamanya saya ini bukan pengikut Muhammad, pasti Abu jahal sudah saya heret dan saya lakukan kepadanya seperti yang dilakukan kepada Muhammad. Ohh, Laknat ALLAH kepada Abu Jahal.?"Salma kemudian menangis tersedu-sedu, membuat Hamzah bagaikan terpijak bara api. Nafasnya berdengus-degus.

Dia tidak peduli siapa lagi Abu Hakam si Abu Jahal dan siapa Muhammad. kalau begini, tidak ada golonganku dan golonganmu. Sebab yang tercuit adalah hati nurani dan rasa naluri kemanusiaan disakiti. Jangankan Muhammad keluarganya sendiri. Seandainya Muhammad itu orang lain, atau unta yang tersesat dari pergunungan terpencil, siapa pun pasti akan murka mendengar perbuatan Abu Hakam yang sewenang-wenang itu.

Maka Hamzah berdiri sambil menggenggam pangkal pedangnya, dan menyelempangkan anak panah serta busurnya. Dengan langkah yang panjang-panjang ia bergegas menuju ke Kaabah. Ia menduga, Abu Jahal pasti sedang berbual di sana.Betul. Si Biang kebodohan itu sedang dikerumuni oleh sejumlah konco-konconya. Mereka merupakan pengikut-pengikut yang selalu mengiakan hampir semua ucapan Abu jahal. Tanpa menyampaikan salam seperti biasanya, Hamzah terus mengherdik Abu Jahal,

"Hai cencurut! Betulkah kamu baru saja mencerca Muhammad dan menyeksanya??"Abu Jahal menggigil mencium kemarahan Hamzah yang meluap. Seluruh anak buahnya tidak bergerak. Mereka sedar, yang dapat mengalahkan kehandalan Hamzah dalam mengumbar kemarahan hanya Umar Al Khatthab. Yang lain-lainnya cuma macam tikus berhadapan dengan serigala saja."Katakan sejujurnya. Sebab, kalau kau berani buat begitu kepada Muhammad, beerti berani pula menentang Hamzah. Katakan!!" teriak Hamzah sambil menusukkan hujung anak panahnya ke leher Abu Jahal. Pemimpin kaum musyrikin bertambah kecut.Dengan sisa-sisa keberaniannya, akhirnya Abu Jahal menjawab lirih,

"sabar sebantar, wahai Biang Kemarahan. Anak saudara engkau itu sudah keterlaluan. Ia membodoh-bodohkan nenek moyang kita. Ia menyatakan para keturunan kita telah tersesat, menyembah berhala-berhala. Ia telah menyebarkan agama baru yang menyebabkan masyarakat Quraisy berpecah belah. Bukankah seharusnya engkau pun berbuat yang sama kepada Muhammad??"Hamzah mendengus,

"Emm, aku sendiri bahkan mempunyai fikiran yang sejalan dengan Muhammad. Kalian sangat bertuah, menyembah-nyembah patung yang tidak punya daya apa-apa. Saksikanlah, sejak sekarang aku berikrar TIADA TUHAN YANG PATUT DISEMBAH MELAINKAN ALLAH dan NABI MUHAMMAD ITU MEMANG BENAR UTUSAN ALLAH.?"Semua yang mendengar kenyataan ini mendadak terbelalak. Mereka tidak mneyangka Hamzah akan bersikap sejauh itu. Mereka hendak melolos pedang dan mengeroyok Hamzah, tetapi Hamzah si Singa Gurun itu menusukkan mata anak panahnya keleher Abu Jahal sampai darahnya mengalir deras.

Salah seorang pengikut Abu jahal masih ada yang berani bersuara, "Hamzah. Engkau telah tersihir oleh anak saudara mu itu.Sungguh lancang. Engkau berani meninggalkan agama nenek moyang engkau. Bakal terkutuk engkau!?""Kutuklah aku sesuka hatimu. Aku tidak takut. Yang aku takuti sekarang adalah laknat ALLAH" jawab Hamzah dengan suara yang lebih lantang dan sikap semakin garang. "Sesiapa yang berani melarang aku mengikuti agama Muhammad, siapkan kepandaian dan senjatamu sebelum kubantai menjadi berkeping-keping.

"Tidak ada yang berani mencuit lagi. Abu Jahal menyuruh mereka diam. Lalu, mereka menoleh, mereka meninggalkan Kaabah setelah hamzah melepaskan anak panahnya dari leher Abu Jahal. Darah masih menitis dari luka-luka di leher Abu Jahal. Darah itu adalah darah aniayanya terhadap nilai-nilai kemanusiaan, yang menggugat hati nurani Hamzah sehingga ia mampu menginsafi kedunguan dan kebodohannya selama ini, yang telah mengikuti agama yang keliru lagi sesat.

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi

Ditulis oleh Ustaz Azhar Idrus
Sunday, 02 March 2008

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL