Saturday, January 9, 2010

Tokoh yang istiqamah

Sumber Abu Bakar Basyir & Haji Ishak Baharom : Wikipedia

Sumber Biografi Ustaz Husein al-Habsyi : http://www.yapibangil.org/Biografi/biografi-ust-husein-al-habsyi.html

ABU BAKAR BASYIR

Abu Bakar Ba‘asyir (dilahirkan pada Ogos 1938) adalah seorang ustaz Arab yang berasal dari Indonesia. Beliau dituduh sebagai ketua agama Jemaah Islamiyah (JI), sebuah pertubuhan militan Islam yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda. Ba’asyir menafikan segala hubungan dengan JI atau pengganas.

Ba’asyir merupakan pemimpin Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) serta salah seorang penubuh Pondok Pesantren Islam Al Mu’min di Ngruki, Sukoharjo, Jawa Tengah.

Pada 3 Mac 2005, Ba’asyir telah disabitkan kesalahan di atas konspirasi serangan bom 2002, tetapi tidak bersalah atas tuduhan berkaitan dengan bom 2003.

Pada 17 Ogos 2005, masa tahanan Ba’asyir dikurangkan kepada empat bulan dan 15 hari sempena Hari Kemerdekaan Indonesia.

Pengenalan

Abu Bakar Basyir dikatakan perancang siri pengeboman di Republik Indonesia dan dikaitkan dengan Jemaah Islamiah tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau. Beliau menyatakan tidak tahu menahu tentang Jemaah Islamiah.

Nama lainnya ialah Abu Bakar Ba’asyir, Abubakar Bashir dan Abdus Somad. Beliau dilahirkan pada 17 Ogos 1938 di di Jombang.

Pendidikan

  • 1959 belajar di Pondok Pesantren Gontor, Jombang, Jawa Timur
  • 1963 belajar di Fakultas Dakwah Universitas Al-Irsyad, Solo, Jawa Tengah . Aktif dalam Himpunan Mahasiswa Solo. Setiausaha Pemuda Al-Irsyad Solo,
  • 1961 Ketua Gerakan Pemuda Islam Indonesia dan Ketua Lembaga Dakwah Mahasiswa Islam.

Kerjaya

Beliau merupakan seorang ustaz, guru agama yang mempunyai kemahiran dan kepimpinan spiritual.

  • 1969 Abu Bakar Basyir dan Abdullah Sungkar dianggap menubuhkan Darul Islam yang bertujuan mendirikan Daulah Islamiyah iaitu sebuah negara Islam yang ideal.
  • 1972 Abu Bakar mendirikan pondok pesantren Al-Mukmin bersama rakannya iaitu Abdullah Sungkar, Hassan Basri dan Yoyok Rosywadi , Abdul Qohar H. Daeng Matase dan Abdillah Baraja. Alamatnya di Jalan Gading Kidul 72 A, Desa Ngruki, Kabupaten Sukoharjo, Jawa Tengah. Pondok seluas 8.000 meter persegi hanya 2,5 kilometer dari Solo. Aktivitinya kuliah zuhur . Basyir dan rakan-rakannya mengadakan siaran radio dan menyampaikan pengajian agama Islam di Indonesia. Moto pesantrennya ‘Hidup mulia, mati mendapat syurga’.
  • Abu Bakar dijatuhi hukuman penjara selama 19 tahun kerana menolak asas tunggal Pancasila yang merupakan prinsip utama Indonesia. Ramai warga Islam Indonesia memandang Pancasila sebagai bertentangan dengan prinsip agama Islam. Setelah rayuan, hukuman itu diringankan menjadi 15 tahun sahaja dan dikenakan tahanan dalam rumah sahaja.
  • 1982 Abu Bakar Basyir ambil kesempatan itu melarikan diri ke Malaysia, menetap di beberapa tempat di Johor dan di Kampung Sungai Manggis , Banting , Selangor . Abu Bakar berniaga kecil-kecilan dan mengajar ilmu agama. Menurut CIA , ketika inilah Jemaah Islamiah ditubuhkan dan ahlinya tersebar hingga ke Filipina dan Singapura.
  • 1990-an Abu Bakar bekerjasama dengan Hambali @ Riduan Hisamuddin di Johor yang melihat kekhalifahan Islam di Asia Tenggara dapat menyelesaikan masalah umat Islam sejagat. Abu Bakar memang menyeru kepada jihad tetapi tidak melalui aksi militan. Sementara Hambali cenderung kepada aksi militan.
  • 1998 Abu Bakar kembali ke Indonesia selepas Presiden Suharto tumbang. Sedangkan Hambali terus berjuang melalui gerakan bawah tanah.
  • 1998 beliau menghidupkan kembali pondok pesantren Al-Mukmin dan menubuhkan Majlis Mujahidin Indonesia serta menyeru perjuangan jihad. Sejak itu jumlah pelajar bertambah dan beberapa ratus menjadi lebih 2000 orang. Antara pelajaran yang diajarkan ialah bahasa Inggeris.

Aktiviti tersembunyi Abu Bakar terdedah melalui:

    • Polis Malaysia yang menangkap beberapa anggota kumpulan militan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang disyaki terlibat dalam gerakan militan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia . Anggota KMM mengaku Abu Bakar serbagai penggerak kumpulan itu.
    • Anggota Jemaah Islamiah di Singapura yang ditangkap di Singapura turut menuding jari kepada Abu Bakar sebagai dalang gerakan mereka.
    • Beberapa dokumen risikan menddedahkan bahawa Abu Bakar menerima dana daripada Al-Qaeda untuk membiayai operasi keganasan di Asia Tenggara.

Ajarannya

  • 1985-1999, Ustaz Basyir di Singapura dan Malaysia mengajar agama berdasarkan Al Quran dan Hadits sebulan sekali sahaja.
  • menolak asas tunggal Pancasila yang merupakan prinsip utama Indonesia. Ada ulama Indonesia memandang Pancasila tidak menepati prinsip agama Islam.
  • Tunduk hormat kepada bendera satu perbuatan syirik. Ia jelas sebahagian gerakan Hispran (Haji Ismail Pranoto)–salah satu tokoh Darul Islam/Tentara Islam Indonesia Jawa Tengah.
  • menegakkan Syariah Islam di Indonesia.
  • menyeru perjuangan jihad di Filipina dan Afghanistan.

Tangkap

  • 28 Februari 2002 Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew menyatakan Solo, Indonesia sebagai sarang teroris .
  • 2002 Abu Bakar dimasukkan ke Hospital Muhammadiyah di Solo .
  • April 2002 Mahkamah Agung Indonesia memutuskan KH Abu Bakar Basyir tidak layak dibicarakan kerana kesalahan menentang Pancasila tahun 1985 lalu kerana melanggar Hak Asasi Manusia. Undang-Undang (UU) Nombor 11/ PNPS/1963 telah ditarik balik.
  • 19 September 2002 Abu Bakar Basyir memberi ceramah di Medan dan Banjarmasin . Di Ngruki dia kembali mengajar di pondok pesantren Al Mukmin
  • 23 September 2002, Majalah TIME berjudul ‘Confessions of an Al Qaeda Terrorist’ melaporkan Abu Bakar Basyir sebagai perancang serangan bom Masjid Istiqlal , Jakarta , Indonesia pada 1999. Sumber TIME ialah dari CIA yang menyiasat Umar Al-Faruq , seorang warga Yaman yang ditangkap di Bogor, Indonesia.
  • Jun 2002 Umar Al-Faruq , 31 tahun ditangkap di Bogor dan disiasat di pangkalan udara di Bagram, Afganistan yang dijajah tentera Amerika Syarikat . Umar al Faruq mengaku :
    • sebagai operator Al-Qaeda di Asia Tenggara
    • pernah berhubung dengan Abu Bakar Basyir .
    • Abu Bakar Basyir adalah pemimpin spiritual kumpulan Jemaah Islamiah yang
    • bercita-cita membentuk negara Islam di Asia Tenggara.
    • Abu Bakar Basyir membekal dan membiayai gerakan Umar Al-Faruq.
    • Abu Bakar Basyir adalah orang belakang [serangan bom Masjid Istiqlal] tahun 1999.
    • mengaku sebagai perancang rangkaian serangan bom, 24 Desember 2000.
  • 1 Oktober 2002, Abu Bakar Ba’asyir menuduh majalah TIME mencemarkan nama baiknya dan menafikan mengenali Umar Al-Faruq.
  • 11 Oktober 2002 Abu Bakar Basyir meminta polis Indonesia membawa Omar Al-Faruq ke Indonesia untuk disiasat dan didakwa atas pengakuan Umar itu yang terlibat dengan Al-Qaeda.
  • 14 Oktober 2002 semasa di Pondok Al-Islam, Solo, Abu Bakar Basyir menuduh Amerika di sebalik pengeboman Bali 2002 sebagai bukti Indonesia sebagai sarang teroris.
  • 14 April 2003 Abu Bakar dikenakan tuduhan oleh mahkamah Indonesia.
  • 15 Oktober 2004 ditahan oleh polis Indonesia kerana tuduhan berkaitan serangan bom di Hotel JW Marriot di Jakarta pada 5 Ogos 2003. 14 orang terbunuh.
  • 3 Mac 2005, Abu Bakar Basyir dihukum bersalah atas konspirasi serangan pengeboman Bali 2002, tetapi tidak bersalah atas tuduhan terkait dengan pengeboman JW Marriot 2003. Dia dijatuhi hukuman 2 tahun penjara.
  • 17 Ogos 2005, hukuman penjara Abu Bakar Basyir dikurangi 4 bulan dan 15 hari sempena ulang tahun kemerdekaan Indonesia.

ALMARHUM HAJI ISHAK BAHAROM


Dato’ Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 – 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan, dan juga merupakan seorang pendakwah bebas. Beliau telah dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jaafar, berketurunan Banjar, berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manong, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini mereka mendapat 3 orang anak.

Pendidikan awal

Dato Haji Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 – 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Mufti

Beliau menjawat jawatan Mufti Selangor pada 16 Ogos 1985 dan disahkan oleh Sultan Selangor. Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik sebagai Mufti Selangor pada 1985 ialah Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38 Sabak Bernam. Beliau menjawat jawatan mufti selama 12 tahun (1985-1997).

Beliau bekerjasama dengan para peguam syarie untuk memantapkan undang-undang Islam terutama undang-undang jenayah Islam di Selangor. Timbalan Presiden Persatuan Peguam-

Peguam Muslim Malaysia, Muhammad Burok melihat inisiatif beliau mendapat sambutan masyarakat Islam.

Pada 1997 berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram, Allayarham telah ‘dipecat’ daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik. Kerajaan negeri Selangor menggunakan istilah ‘tidak memperbaharui kontrak’ beliau yang akan tamat pada Oktober 1997. Ketika itu umur beliau 70 tahun.

Tindakan tegas beliau ini disifatkan sebagai suara berani seorang mufti di Malaysia. Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menyifatkan beliau sukar dicari ganti.

Sungguhpun Allahyarham tidak lagi menjalankan tugasnya sebagai mufti, perjuangannya dalam menyampaikan syiar Islam tetap diteruskan sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Pandangan

Pertandingan ratu cantik

Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri Selangor mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. Media menyiarkan bantahan orang ramai terhadap tindakan menggari tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik itu, Pertandingan itu telah diadakan pada 13 Jun 1997 di di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak. Ahmad Lutfi Othman telah mengupas isu ini dalam buku bertajuk “Mufti lawan Mahathir”.

Meninggal dunia

Pada 30 Januari 2008, Dato’ Haji Ishak, berumur 80 tahun, meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala pada jam 2.30 pagi di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 6 petang . Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau tidak sedarkan diri dan koma akibat pedarahan dalam kepala. Jenazah beliau dibawa ke rumah beliau di No 194 Jalan Tun Sambanthan Taman Sri Andalas Klang. Kemudian dikebumikan pada 31 Januari 2008 di kompleks Makam di Raja, Selangor.

ALMARHUM USTAZ HUSEIN AL-HABSYI


Ustadz Husein Al-Habsyi lahir di Surabaya pada tanggal, 21 April 1921 M. Pada usia yang masih muda beliau sudah berdikari kerana kematian kedua ibu dan bapanya. Ayah beliau, Sayid Abu Bakar Al-Habsyi, mempunyai garis keturunan dengan Sayid Ali Al-‘Uraidy putra Imam Ja’far Shodiq a.s. Selanjutnya beliau diasuh, dididik dan ditempa oleh bapa saudaranya yang ‘alim dan wara’, yakni Ustadz Muhammad Baraja’. Dan dari sinilah kemudian ilmu dan wawasannya berkembang.

Berawal dari pendidikan awal di Madrasah Al-Khairiyah; sebuah lembaga pendidikan diniyyah tertua di Surabaya. Pada umur 10 tahun beliau sudah aktif mengikuti pengajian rutin yang membahaskan masalah-masalah fiqh, tauhid dan lainnya. Kemudian pada usia 12 tahun beliau sudah mampu membaca kitab-kitab Berbahasa Arab.

Setelah lulus akhirnya beliau mengajar di madrasah Al-Khoiriyah, bersama abangnya, Ustaz Ali Al-Habsyi yang kemudian bersama-sama hijrah ke Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga pernah berguru kepada Ustadz Abdul Qadir Balfaqih (seorang ulama besar dan ahli hadis), Syeikh Muhammad Robah Hassuna (seorang ulama dari Qolili, Palestin yang berkhidmat mengajar di madrasah Al Khairiyah), Al-Habib Alwi bin Thahir Al-Haddad (seorang ulama besar dan terkenal dengan analisa-analisa yang sangat dalam, beliau adalah mufti kerajaan Johor Bharu, Malaysia pada ketika itu), Assayid Muhammad Muntasir Al-Kattani (Ulama’ Maghribi, Morocco) dll.

Di Johor beliau juga mengajar di madrasah Al –Attas dalam kurun waktu yang cukup lama, sehingga murid beliau banyak tersebar di berbagai daerah di Malaysia, dan tidak sedikit pula yang di kemudian hari menjadi ulama dan tokoh penting negara ini .

Setelah beberapa lama tinggal di Malaysia beliau berkahwin dengan puteri bapa saudaranya yang bernama Fatimah binti Abdurrahman Al-Habsyi , dan setelah dikurniakan beberapa putera, karena terjadi berbagai peristiwa politik semasa penjajahan Inggeris atas semenanjung Malaysia akhirnya dengan sangat terpaksa beliau meninggalkan Malaysia dan kembali ke kampung halamannya di Surabaya .

Sekembalinya dari Malaysia, Ustadz Husein Al-Habsyi memulai aktif dalam dakwah dan banyak berkecimpung di dunia politik. Dalam menapak jenjang kariernya, beliau sempat menduduki kepengurusan teras bersama DR. M. Natsir dalam Partai Syuro Muslimin Indonesia. Bahkan beliau terpilih sebagai Ketua Komisi Hak Asasi Manusia.

Sekian lama setelah beliau tidak aktif dalam partai, Ustadz Husein mulai berfikir bahwa perjuangan Islam lebih “absah” melalui pendidikan agama bukan “politik praktis”. Dalam pikirannya terbersit keinginan untuk mendirikan sebuah lembaga pendidikan Islam.

Sikap beliau yang anti “Barat” dan “Sekularisme” mendorongnya untuk menerapkan sistem pendidikan dan peraturan yang sangat ketat bagi santri. Ustadz Husein semakin mantap dengan kaedah pendidikan yang diterapkan.

Pada tahun 1971 beliau mendirikan Pondok Pesantren di kota Bondowoso Jatim. Keberadaan beliau di Bondowoso sangat menguntungkan bagi perkembangan pendidikan masyarakat di sekitarnya, karena sebagai orator ulung dan ulama’, beliau mampu menjelaskan ajaran Islam dengan baik dan memikat pendengarnya. Setelah dari Bondowoso, karena berbagai hal, akhirnya beliau hijrah dan mendirikan Yayasan Pesantren Islam ( YAPI ) Bangil. Kemudian perkembangan demi perkembangan – disamping karena bertambahnya murid yang cukup banyak – akhirmya membuka Pesantren-Putra di Kenep-Beji, Pesantren-Putri dan TK di Kota Bangil.

Dari kehidupan beliau, hampir seluruh Waktu, tenaga dan pikirannya beliau tercurah untuk kemajuan para santri. Selain mengawasi jalannya seluruh perkembangan yang terjadi di Pesantren, beliau juga terjun langsung ke bawah mengajar para santri dalam berbagai disiplin ilmu seperti; Bahasa Arab, Ushul Fiqh, Tafsir, Tauiyah dan lain-lain, sehingga metodenya mampu membuahkan hasil yang luar biasa bagi anak didiknya. Hal tersebut juga terlihat dari alumni-alumni yang mampu tampil sebagai tokoh masyarakat di daerahnya masing-masing. Selain mereka juga dapat dengan mudah melanjutkan pendidikan di berbagai pendidikan tinggi di luar negeri seperti; Mesir, Pakistan, India, Qatar, Saudi Arabiyah dan negara-negara timur tengah lainnya.

Dalam ceramahnya ustadz Husein Al-Habsyi; baik di hadapan santri maupun di hadapan kaum muslimin dalam mimbar Jum’at, Idlul Fitri, Idul Adha dan kesempatan-kesempatan lain selalu menekankan akan pentingnya persatuan kaum muslimin, toleransi antara madzhab, memberikan kebebasan berfikir (khususnya bagi para santrinya), sehingga mereka tidak mudah dikotak-kotakkan oleh faham-faham/ aliran-aliran yang sempit.

Dengan aplikasi gagasan-gagasannya, beliau telah mampu menciptakan era baru dalam

pemikiran kaum muslimin yang lebih mengedepankan kepentingan-kepentingan Islam di atas kepentingan-kepentingan madzhab atau kelompok. Hal ini terbukti sebagaimana buah hasil didikan beliau pada santri-santrinya yang sekarang tersebar di berbagai belahan bumi Nusantara. Di mana mereka menjadi motor keterbukaan pemikiran dan asatidzah lintas madzhab yang tidak dipersempit oleh pemikiran tertentu yang cupet.

Untuk tujuan yang sama juga, Ustadz Husein Al-Habsyi telah meluangkan waktu-waktunya yang sangat padat dan berharga, untuk mengadakan safari da’wah, menyisir daerah-daerah terpencil kaum muslimin seperti Sorong, pedalaman Ambon, beberapa daerah di Kalimantan, Sulawesi dan Sumatera, bahkan di masa akhir hayatnya beliau juga menyempatkan pergi ke negeri Jiran demi meniupkan ruh keterbukaan dan semangat da’wah Islam.

Beliau juga seringkali menghadiri berbagai seminar dan konfrensi- baik di dalam maupun di luar negeri – membahas berbagai masalah fondamentaldan urgen umat Islam seperti seminar pendekatan Sunnah – Syi’ah di Kuala Lumpur Malaysia dll. Dan demi menegakkan dakwah Islam, tidak jarang beliau menghadapi berbagai gangguan, teror dan kesulitan-kesulitan yang dilakukan baik oleh kalangan ulama’ yang sempit wawasanya, kaum awam yang terprofokasi oleh isu-isu menyesatkan maupun oleh penguasa.

Fitnah demi fitnah dilontarkan oleh pihak-pihak yang tidak menyukai beliau dan misi Islam yang sedang beliau perjuangkan. Sehingga tidak jarang beliau harus berhadapan dengan penguasa pada zaman itu sampai dijebloskan ke dalam penjara. Namun semua itu beliau hadapi dengan penuh kesabaran, ketabahan dan ruh tawakkal yang luar biasa.

Bahkan dengan lapang dada dan hati yang tulus, beliau memaafkan mereka yang karena kejahilan dan ketidaktahuan akan misi Islam yang murni melah melakukan hal-hal yang menyulitkan dan menggangu beliau.

Setelah beliau berpuluh-puluh tahun mengabdikan diri demi Islam dalam dunia pendidikan dan dakwah, beliau memenuhi panggilan Ilahi ke alam Baqa’ pada hari Jum’at 2 Sya’ban 1414/ 14 Januari 1994 dirumah beliau Jl. Lumba-lumba Bangil.

Sementara itu ribuan para pentakziah larut dalam duka dan dengan khusyu’ turut mengiringi jenazah beliau dari rumah duka ke Masjid Jamik Bangil untuk di solatkan , kemudian menghantar ke tanah perkuburan.

Dan beliau dimakamkan pada hari Sabtu 3 Sya’ban 1414/15 Januari 1994 di belakang Masjid Tsaqalain yang terletak di komplek Pesantren Putra “Al-Ma’hadul Islami” YAPI, Desa Kenep Beji Pasuruan.

Semoga Allah merahmati dan mengumpulkan beliau bersama orang-orang suci yang beliau cintai, Amin.


sunber dari : http://diarireformis.wordpress.com/ulamak-yang-cool-sepanjang-zaman/

1 comment:

Unknown said...

Assalam semoga Allahswt tempat para ulama setinggi keluruhan murni dan ketulusan sebgai perjuang agama dan ulama..d tempat yg paling mulia d sisiNya.Amin YaRobul Alamin