Sunday, September 6, 2009

Ustaz Awang terlantar di hospital

07 September 2009

Ustaz Haji Awang Nasaruddin Abu Bakar, mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pada Isnin lalu kerana masalah kesihatannya yang agak serius.


Beliau yang juga pernah memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Terengganu telah ditimpa penyakit angin ahmar sejak 10 tahun lalu dimasukkan ke Wad 8A HSNZ.

Semalam saya meluangkan masa untuk menziarahi beliau di HSNZ. Beliau ditemani oleh isteri pertamanya, Ustazah Hajah Rokiah Haji Abas. Ketika yang sama ramai bekas murid beliau yang turut menziarah.

Ustaz Awang semasa sihatnya dahulu memang terkenal sebagai seorang ulama' yang tegas, di mana ceramah dan kuliah beliau sangat diminati ramai. Disebabkan ketegasan beliau terutama dalam perkara berkait aqidah, beliau digelar sebagai "tukul besi".

Kerana keuzurannya, beliau telah melepaskan jawatan-jawatannya dalam parti iaitu yang terakhir sebagai Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus pada tahun 2001.

Semasa pemerintahan kerajaan PAS di Terengganu (1999 - 2004), beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Mufti Negeri. Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) ketika PAS dalam Kerajaan Campuran dan Barisan Nasional selepas itu.

Marilah kita doakan semoga Ustaz Awang disembuhkan Allah untuk meneruskan bakti kepada ummat.

Berita asal dari blog : http://ibnugharib.blogspot.com/2009/09/ustaz-awang-terlantar-di-hospital.html

No comments: